Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran anak-anak. Perkataan itu diambil dari Yunani yaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’.
Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran anak-anak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
Pada permulaan abad ketujuh di Eropa, sekolah didirikan dengan tujuan mengajar anak-anak. Sekolah dasar adalah sekolah yang mendidik anak-anak lelaki dalam menyalurkan ilmu keagamaan dan membentuk mereka menjadi paderi. Kemudian sekolah itu dikenali sebagai ‘Catheral’ atau sekolah rahib.
Memandang guru-guru di sekolah itu mempunyai prinsip dan misi terhadap kepercayaan dan upacara keagamaan bagi pelajar anak-anak ini, mereka mengendalikan strategi pembelajaran yang dikenali sebagai ‘Pedagogy’ yang bermaksud seni dan kebudayaan untuk pembelajaran anak-anak.
Selepas Perang Dunia Pertama, muncul pula faham berkenaan dengan keunikan orang dewasa sebagai pelajar. Pembelajaran dewasa mula menarik perhatian di setiap tempat. Perkembangan pembelajaran dewasa adalah berperingkat yaitu bermula pada zaman pertanian, industri dan seterusnya Informasi dan Teknologi. Alexander Kapp, guru dari Jerman menguraikan prinsip pembelajaran oleh Plato (Nottingham Andragogy Group 1983). John Frederick Herbert, juga dari Jerman menyangkal penggunaannya. Dengan itu, andragogi lenyap daripada pandangan pembelajaran hampir seabad. Andragogi muncul semula di Eropa pada tahun 1921 dan meluas digunakan pada tahun 1960an di Perancis, Belanda dan Yugoslavia. Artikel Knowles ‘Andragogy Not Pedagogy’, diterbitkan dalam Adult Leadership pada 1968 adalah karya pertamanya berkenaan dengan andragogi. Manakala Lindeman pula menitikberatkan komitmen dalam hal bertindak ke arah Sendiri (self-directed), pengalaman dan penyelesaian masalah melalui pembelajaran dewasa, Linderman dan Knowles memainkan peranan penting dalam evolusi andragogi di Amerika.
Lindeman boleh dilihat sebagai ‘spiritual father’ manakala Knowles pula ‘putative father’ andragogi. Definisi Andragogi Pembelajaran dewasa atau lebih dikenali sebagai andragogi agak sukar didefinisikan karena maksudnya yang agak luas dan banyak tokoh yang memberikan pandangan yang berbeda-beda. Antara lain tokoh terkenal adalah Malcolm Knowles, Edward Lindeman, Tough dan sebagainya. Menurut Knowles, sebelum wujudnya andragogi, pedagogi sudah muncul. Pedagogi adalah seni dan kebudayaan bagi pembelajaran anak-anak. Perkataan itu diambil dari Yunani yaitu ‘paid’ bermaksud ‘child’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’.
Kemudian Knowles memberi makna andragogi. ‘Aner’ bermaksud ‘man’ atau ‘adult’ dan ‘agogus’ bermaksud ‘leader of’. Namun, Knowles menganggap ia mempunyai makna yang berlainan dengan pembelajaran anak-anak. Oleh itu andragogi adalah seni dan sains bagi membantu pembelajaran orang dewasa. Walaupun begitu, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.
“Saya tidak mengatakan yang pedagogi adalah untuk anak-anak saja dan andragogi adalah untuk orang dewasa, memandangkan ada beberapa andaian pedagogi realistik untuk orang dewasa dan beberapa situasi dan beberapa andaian andragogi sesuai untuk anak-anak. Dan saya tidak mengatakan yang pedagogi itu buruk manakala andragogi adalah baik, setiap satunya mempunyai andaian yang munasabah.” Knowles (1979) “…setiap orang dewasa mempunyai tanggapan yang spesifik dan menghargai segala bidang kerjaya, kebahagiaan, keluarga, kehidupan dan hubungan komunitinya. ‘Subject-matter’ kadangkala dibawa ke dalam situasi ini dan digunakan dalam bidang kerjaya sekiranya diperlukan. Fakta dan guru merupakan peranan kedua dalam sesi pembelajaran, guru juga harus menyatakan tentang kepentingan pendidikan formal.’
Lindeman (1972) “Pembelajaran dewasa (andragogi) merupakan teknik baru dalam kaidah pembelajaran. Ia merupakan proses di mana pelajar dewasa sadar bagaimana menilai pengalaman yang diperoleh. Fakta dan informasi serta berbagai pengetahuan yang digunakan adalah dengan tujuan menyelesaikan masalah. Dalam proses ini guru akan menggunakan fungsi-fungsi baru.” Gesner (1956) “Pembelajaran dewasa ialah satu konsep di mana aktivitas yang sengaja diadakan bagi pembangunan orang dewasa. Pembangunan di sini bermaksud peningkatan kesedaran, penambahan pengalaman dan pengetahuan.”
RWK Paterson (1979) “Pembelajaran dewasa adalah keseluruhan proses pendidikan terancang di mana kandungan, tahap dan cara tidak kira format ataupun tidak serta sama adanya memanjangkan ataupun menggantikan pendidikan asas di sekolah, collage dan universitas di mana seseorang dianggap sebagai dewasa oleh masyarakat membangunkan kemahiran, memperkayakan pengetahuan serta meningkatkan kelayakan teknikal dan profesional dan seterusnya membawa kepada perubahan dalam sikap serta dalam pembangunan diri serta penglibatan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kebudayaan.
” General Conference of UNESCO (1976) “..Orang dewasa yang terlibat dengan apa saja kursus pembelajaran sama ada secara biasa ataupun lebih berkualitas adalah untuk meningkatkan kemahiran baru atau menambahkan kemahiran dan kelayakan yang telah dimiliki”.
ational Advisory Council, On Adult Educations (1980) Carl R. Rogers menyatakan pembelajaran adalah berdasarkan kepada lima hipotesis asas.
Pertama, ‘Kita tidak dapat mengajar orang lain secara langsung, kita hanya dapat membantunya belajar’. Hipotesis ini dipetik daripada teori personalitas beliau yang menyatakan setiap individu wujud dalam perubahan secara berterusan melalui pengalaman yang dimiliki.
Hipotesis kedua adalah ‘Individu belajar dengan berkesan apabila mampu melibatkan dirinya dalam keperluan dan pengkayaan struktur dirinya’. Ini bermakna, penting untuk mengambil kira bahawa pembelajaran yang dilakukan perlu berkaitan dengan setiap individu.
Hipotesis ketiga dan keempat digabungkan, ‘Pengalaman yang, jika terbatin, melibatkan perubahan dalam organisasi diri menerusi simbolisasi diri dan struktur organisasi diri menjadi lebih rigid dan tenang apabila batasan ketakutan dapat disingkirkan’.
Hipotesis Rogers yang terakhir adalah ‘Situasi pendidikan paling berkesan mengetengahkan keberkesanan pembelajaran apabila:
- Ketakutan di dalam diri pelajar dapat dikurangkan dan diminimumkan.
- Berbagai persepsi dalam berbagai perkara yang terbimbing.
Keseluruhannya, Rogers menyatakan pembelajaran adalah proses internal yang dikawal oleh pelajar dan berkaitan dengan seluruh interaksi individu itu dengan sekitarnya. Rogers juga percaya bahwa pembelajaran adalah proses semula jadi seperti mana pentingnya pernafasan dalam proses kehidupan.
Setelah melihat definisi-definisi tokoh yang mempunyai pandangan yang berbeda-beda, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran yang disadari, sistematik, berurutan serta terancang bagi individu yang dicirikan sebagai dewasa bagi memperoleh ataupun memantapkan lagi nilai, kemahiran dan pengetahuan yang sudah ada.
Andaikan Andragogi Knowles menganggap orang dewasa berupaya bertindak ke arah sendiri atau self-directedness dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil. Program pembelajaran dewasa perlu bersesuaian dengan aspek-aspek asas ini. Terdapat beberapa pengandaian andragogi yang diberikan oleh Knowles (1980).
Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar
- Orang dewasa ingin dan berkecenderungan bertindak ke arah sendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada masanya mereka bergantung pada orang lain.
Orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman
- Pengalaman orang dewasa adalah sumber pembelajaran yang penting. Pembelajaran mereka lebih berkesan melalui teknik-teknik berasaskan pengalaman seperti perbincangan dan penyelesaian masalah.
Orang dewasa belajar berdasarkan pemusatan masalah
- Orang dewasa sedar keperluan pembelajaran secara khusus melalui masalah-masalah kehidupan sebenar. Oleh itu, program-program pendidikan dewasa sepatutnya dirancang mengikut keperluan hidup dan disusun mengikut kesediaan dan keupayaan untuk belajar.
Orang dewasa belajar dengan lebih berkesan apabila topik itu bernilai
- Orang dewasa belajar bersungguh-sungguh bagi menguasai suatu pengetahuan ataupun kemahiran bagi keperluan hidup. Oleh itu, pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan pencapaian. Kesungguhan orang dewasa menguasai suatu kemahiran ataupun pengetahuan adalah untuk keperluan hidup ataupun semasa. Model Andragogi Model andragogi dibentuk berdasarkan andaian-andaian di atas:
Keperluan bagi memenuhi rasa ingin tahu/ke arah sendiri
- Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu belajar, Tough (1979) mendapati apabila orang dewasa berkemampuan untuk belajar dan memperoleh faedah daripada pembelajarannya dan juga mengambil kira keburukan apabila tidak mempelajarinya. Peranan fasilitator di sini adalah untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan untuk memenuhi rasa ingin tahu, ‘need to know’.
Keperluan menyempurnakan sendiri
- Orang dewasa mempunyai kesempurnaan sendiri dan mampu menilai sendiri keputusan dan menentukan hidup mereka sendiri, orang dewasa membangunkan keperluan psikologi mereka bagi mendapatkan perhatian dan penghargaan daripada orang lain.
Peranan pengalaman
- Orang dewasa memiliki berbagai pengalaman yang diperoleh dari zaman remaja. Pengalaman yang dimiliki ini berbeda-beda mengikut latar belakang, cara pembelajaran, keperluan, pencapaian dan minat. Kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah dan bertukar-tukar pengalaman.
Kesediaan belajar
- Orang dewasa bersedia untuk belajar perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh mereka dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti kehidupan. Kesediaan belajar ini penting bagi membangunkan sendiri.
Orientasi pembelajaran
- Orang dewasa belajar berdasarkan berpusatkan kehidupan dan ia begitu berbeda dengan anak-anak yang tertumpu pada pelajaran atau berpusatkan subjek. Setiap perkara yang dipelajari adalah berkaitan dengan hidup mereka.
Peranan motivasi
- Orang dewasa mendapat motivasi daripada pendorong luaran (seperti kenaikan pangkat, gaji tinggi) tetapi pendorong dalaman adalah lebih berpengaruh (seperti kualiti kehidupan, penghargaan).
Tough (1979) mendapati orang dewasa sentiasa mendapat motivasi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri tetapi motivasi ini sering kali gagal karena wujudnya konsep negatif pada diri pelajar, masa terhadap dan program yang disertai tidak menepati prinsip-prinsip pembelajaran dewasa.
Prinsip Andragogi Malcolm Knowles (1980)
- Orang dewasa perlu terlibat dalam merancang dan membuat taksiran semua kerja mereka. Pelajar mesti diberikan tujuan sejauh mana pencapaian tujuannya.
- Pengalaman adalah asas aktivitas pembelajaran. Menjadi tanggungjawab pelajar menerima pengalaman sebagai suatu yang bermakna.
- Pelajar lebih berminat mempelajari perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan kerja dan kehidupan mereka.
- Pembelajaran adalah tertumpu pada masalah (problem-centered). Masalah memberi tenaga, arah dan menggalakkan daya belajar dan ia perlu dimotivasikan.
Gibb (1960)
- Pembelajaran adalah berdasarkan problem-centered.
- Pemusatan pengalaman menjadi asas pembelajaran.
Pengalaman yang dimiliki mesti bermakna kepada pelajar. Tujuan ditentukan oleh pelajar itu sendiri.
Miller (1904)
- Pelajar perlu diberikan motivasi bagi mengubah tingkah laku. Pelajar perlu sedar tingkah laku yang tidak diingini dan mempunyai gambaran jelas berkenaan dengan tingkah laku yang diingini.
- Pelajar mempunyai peluang mencuba tingkah laku yang baru.
- Pelajar memperoleh bahan-bahan pembelajaran yang bersesuai-an yang dapat membantunya.
Berdasarkan ringkasan prinsip-prinsip yang diberikan oleh beberapa tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa prinsip andragogi adalah:
- Pembelajaran adalah proses yang berterusan. Orang dewasa merasakan keperluan dalam berbagai bidang kemahiran dan pengalaman yang dimiliki adalah penting bagi masa depan mereka.
- Orang dewasa belajar dengan lebih baik apabila secara personelnya mereka terlibat dalam proses merancang, menilai dan melaksanakan persekitaran mereka tanpa mengganggu tahap keselamatan estim diri mereka.
- Orang dewasa memilih dan suka belajar bagi memudahkan mereka mengetahui tahap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam semua situasi pembelajaran.
- Orang dewasa belajar dengan baik apabila mereka mempunyai motivasi untuk berubah, self-discovered atau mempunyai kemahiran dan strategi spesifik.
Orang Dewasa sebagai Pelajar Menurut Knowles terdapat empat definisi dewasa yaitu:
- Daripada aspek biologi: Individu itu mencapai tahap dewasa apabila mencapai peringkat umur tertentu dan mampu melahirkan anak.
- Daripada aspek undang-undang: Individu itu dianggap dewasa apabila mencapai syarat yang tertakluk dalam undang-undang dan membolehkan dia terlibat dalam mengundi, memiliki lesen memandu dan berkahwin.
- Daripada aspek sosial: Individu itu dianggap dewasa apabila dia dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa, bekerja sepenuh masa dan berumah tangga.
- Daripada aspek psikologi: Individu itu dianggap dewasa apabila dia mencapai tahap kesempurnaan sendiri di mana dia mampu menguruskan hidupnya sendiri.
Maka, individu itu dikatakan dewasa apabila dia sudah melalui zaman anak-anak dan remaja serta dipengaruhi oleh aktivitas sosial yang disertai semasa berada dalam alam persekolahan.
Self-concept dan self-directedness hanya diperoleh apabila individu itu menamatkan zaman persekolahannya, mempunyai kerja sepenuh masa dan berkeluarga. Berbanding dengan anak-anak dan remaja, orang dewasa mempunyai tujuan sebagai seorang pelajar.
Pembelajaran dewasa adalah bidang baru dan Knowles mempelopori bidang ini dan menguraikan beberapa kriteria pelajar dewasa:
Orang dewasa adalah bebas dan bertindak ke arah sendiri
- Orang dewasa perlu bebas untuk bertindak. Fasilitator perlu melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator semasa sesi pengajaran. Contohnya, fasilitator perlu mendapatkan pandangan dan idea pelajar berkenaan dengan topik yang diajar. Sebagai pemudah cara, fasilitator membimbing pelajar berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri.
Orang dewasa mempunyai pengalaman
- Orang dewasa berpengalaman dan berpengetahuan dalam hal-hal yang merangkumi aktivitas kerja, tanggungjawab dalam keluarga dan pendidikan masa lampau. Orang dewasa mengaitkan pembelajaran mereka dengan pengalaman yang dimiliki.
Orang dewasa mempunyai tujuan
- Sebelum menyertai kursus, orang dewasa tahu tujuan yang perlu dicapai. Fasilitator membantu pelajar mencapai tujuan mereka. Tujuan dan objektif kursus dibuat pada permulaan kursus.
Orang dewasa adalah berpusatkan objektif
- Orang dewasa tahu tujuan mereka belajar. Pembelajaran itu diaplikasikan dalam kerja dan memberi nilai kepada mereka. Oleh itu, penting bagi fasilitator mengenal pasti objektif pelajar sebelum kursus itu bermula.
Orang dewasa adalah praktikal
- Orang dewasa berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberi kebaikan pada dirinya. Oleh itu, fasilitator perlu menyatakan dengan jelas bagaimana pembelajaran itu berguna dalam kerjaya dan kehidupan mereka.
Orang dewasa perlu dihormati
- Fasilitator perlu menghargai pengalaman yang dimiliki oleh pelajar. Pelajar perlu diberi peluang sama rata untuk menyalurkan pendapat berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.
Kesimpulan Andragogi atau pembelajaran dewasa adalah proses pembelajaran kontinyuitas dalam jangka masa panjang di mana melibatkan orang dewasa yang sudah matang daripada segi pemikiran. Walaupun berbagai definisi dilontarkan oleh pelopor-pelopor pembelajaran dewasa, namun mereka memberikan kesimpulan yang sama. Andragogi diaplikasikan dalam semua bentuk pembelajaran orang dewasa dengan meluaskan skop-skop latihan, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.
Fungsi yang nyata dalam konsep andragogi adalah bertentangan dengan prinsip pedagogi. Ia berbeda karena pedagogi meluaskan pengaruhnya dalam pendidikan formal yang merangkumi pendidikan sekolah dasar, menengah dan institusi-institusi pendidikan tinggi.
Orang dewasa tidak lagi bergantung harap dengan orang lain karena mereka bertindak ke arah sendiri. Ia dianggap sepadan dengan pemikiran dan pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa. Pengalaman yang dimiliki oleh orang dewasa dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting dalam meningkatkan keupayaan orang dewasa dalam meneruskan proses pembelajaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar